Nuffnang

Ulat Dewasa

Dalam setiap benda yang kita angankan, jangan lupa untuk lukiskan satu sempadan antara fantasi dan realiti. Kalau terbang ke awan, jangan lupa pada tanah... kalau bersantai di bumi, jangan lupa impian di langit.
~Selamat Membaca~ ann_billa@yahoo.com

Sabtu, 27 Mei 2017

Antara Dua Cinta (Epilog)

EPILOG

2016

“AKU nikahkan dikau dengan Zulaikha Aisya Lee Abdullah dengan mas kahwinnya RM300 tunai...”

“Aku terima nikahnya, Zulaikha Aisya Lee Abdullah dengan mas kahwinnya RM300 tunai...”

“Sah?”

“Sah!”

Zhee pejam rapat kedua belah matanya. Sejurus itu air mata yang di tahan mengalir laju menuruni pipi. Sebak dan gembira bercampur baur sehingga dia sendiri tidak tahu bagaimana nak pamerkan perasaannya.

Liur di telan. Terasa berpasir. Mata di buka perlahan. Bibir cuba untuk tersenyum. Bila air mata itu ingin mengalir lagi, di seka laju dengan jari. Matanya menatap lembut wajah si pengantin lelaki. Rasa gundah yang sedari semalam seperti tidak mahu beredar kini mula hilang perlahan-lahan. Kalau semalam, dia sendiri tak yakin dengan keputusannya, tapi kali ini dia percaya. Inilah keputusan yang tepat. Dia tak salah memilih.

‘Ya ALLAH, terima kasih kerana beri aku peluang untuk bersama dia. Jadikanlah cinta yang bakal bersemi nanti cinta yang halal lagi sejati. Semoga dia syurga buatku di dunia ini dan peneman di akhirat sana. Aamiin...’ doanya di pelupuk hati.

Si pengantin lelaki berdehem perlahan apabila pengantin perempuan seperti terlalu jauh hanyut dengan imaginasi sendiri.

Mendengar deheman itu, Zhee tersengih kecil sebelum tangan kirinya di hulur. Pengantin lelaki capai tangan Zhee lalu cincin bertahta emas putih itu di sarung ke jari putih Zhee. Zhee sambut tangan kanan si lelaki lalu menciumnya lembut.

“Terima kasih...” ucapnya ikhlas. Lelaki itu masih lagi dengan senyuman manisnya.

“Abang yang sepatutnya berterima kasih dengan Zhee,”

Dan mereka saling tersenyum berpaksikan cinta yang bakal di semai bersama. Mereka sedar akan ada rintangan yang maha hebat yang perlu mereka tempuh sebagai suami dan isteri. Kerana mereka tahu kahwin itu mudah, tapi untuk mengekalkannya memerlukan seribu satu usaha. Kalau kuat, teguhlah sebuah perkahwinan itu. Kalau lemah, robohlah sebuah mahligai yang di bina.

Zhee dongak ke atas. Memohon kepada Yang Maha Kuasa.

Tiba-tiba dia teringat perbualannya dahulu bersama seseorang yang dia sayang.

“Bila kau rasa down, jangan dengan kau kau sekali down. Macam aku, sebagai orang Islam… aku percaya apa yang terjadi tu semua qada’ dan qadar Allah. So, apa yang aku buat. Pejam mata, letak tangan di dada dan motivate diri sendiri. ‘Ini kisah aku dan perjalanan ini adalah perjalanan hidup aku. Dia yang letak aku di mana aku berada. Ini rancanganNya. Sebagai hamba, aku cuma perlu tempuh dan percayakanNya’ that’s it! Senang kan?” 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hit me with your words.. Ayark!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...