Nuffnang

Ulat Dewasa

Dalam setiap benda yang kita angankan, jangan lupa untuk lukiskan satu sempadan antara fantasi dan realiti. Kalau terbang ke awan, jangan lupa pada tanah... kalau bersantai di bumi, jangan lupa impian di langit.
~Selamat Membaca~ nana_billa94@yahoo.com

Selasa, 29 Mei 2012

Dia Yang Ku Minta


 “MAMA… papa…” Aafiya Zulaikha menjerit memanggil kedua ibubapanya. Di pandangnya sekujur tubuh itu dengan pandangan sayu. Air mata mengalir tanpa henti.
‘Ya ALLAH, kenapa Kau bawa mereka Ya ALLAH?’ rintih Aafiya Zulaikha. Namun apabila menyedari kekhilafan dirinya yang seolah-olah tidak redha dengan takdirnya, cepat-cepat dia beristighfar. Siapalah dia untuk mempersoalkan ketentuan ALLAH? Siapalah dia untuk menentukan siapa yang boleh di bawa dan tidak boleh di bawa pergi dari hidupnya? Sedangkan dia hanyalah insan biasa yang di beri nama Aafiya Zulaikha. Itupun dengan keizinan Ilahi. Mukanya di raup.
Bahunya di sentuh perlahan. Ditarik ke dalam pelukan seseorang. Baru dia sedar dari tadi tubuhnya memeluk erat kedua ibubapanya. Di sebelah kanan ialah mayat mama manakala di sebelah kiri pula ialah mayat papa. Sudah berjam-jam keadaannya begitu. Pelukan semakin di perkemaskan.
Pelukan di leraikan. Tangan lembut Datin Aisyah menyapu pipinya yang di basahi air mata. Wanita tua itu turut menangis. Sedih barangkali kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat. Datin Aisyah adalah teman baik mamanya. Seringkali bersama kala suka dan duka, katanya.
“Dahlah Fiya. Biarlah mama dan papa pergi dengan aman. Tak baik kita menangis dan terus meratap. Ini semua rahsia ALLAH. Pasti ada hikmahnya.” Sungguh mendalam ayat itu lalu terus menusuk hati Aafiya Zulaikha. Seolah-olah menyindirnya walaupun dia tahu apa yang di katakan wanita itu ada benarnya. Tapi dia juga manusia biasa. Yang di kurniakan perasaan sedih dan dia tidak boleh lari dari terus menghalang perasaan itu menghuni hatinya.
Siapa lagi yang dia ada setelah mereka tiada? Siapa lagi yang akan menjaganya setelah mereka tiada? Dia tidak punya sesiapa. Dia kini hanya sebatang kara. Hanya gelaran itu yang menjadi miliknya. Yatim piatu!

“ASSALAMUALAIKUM…” panjang meleret salam yang Aafiya Zulaikha beri. Tersenyum-senyum dia apabila si dia menjawab salamnya. Walaupun baru semalam dia menelefon lelaki itu namun dia seolah-olah tidak jemu. Ada sahaja modal yang akan di keluarkan apabila berbicara dengan Qays Fayruz.
“Abang sihat?” soal Aafiya Zulaikha seperti biasa.
“Abang sihat… Fiya? Semalam Fiya call abang dah tanya, tapi hari ni abang nak tanya jugak. Bila Fiya nak balik?” soal Qays Fayruz lalu mengundang ketawa Aafiya. Bukan dia tak faham sangat soalan wajib daripada Qays Fayruz tetapi setiap kali soalan itu terkeluar dari mulut Qays Fairuz, setiap kali itu jugak dia mengelak. Sengaja menduga hati lelaki itu.
“Tengok tu. Setiap kali abang tanya selalu je gelak. Geram tau tak,” ujar Qays Fayruz berpura-pura marah. Bukan dia tak tahu sangat perangai adik angkatnya yang ini. Suka benar berteka-teki.
“Alah abang ni. Nanti Fiya balik la,” ujar Aafiya Zulaikha manja.
“Fiya tak rindukan kitorang ke? Kesian ibu dan papa, dah rindu sangat kat anak perempuan diorang tu,” pujuk Qays Fayruz lagi. Sudah hampir sebulan Aafiya Zulaikha tidak pulang. Entah apa yang seronoknya kat kampus tu sampaikan liat benar dia nak pulang. Sudah di pujuk berkali-kali tetapi jawapannya tetap sama. Nantilah…
“Rindu. Siapa kata Fiya tak rindu. Fiya baru je lepas call ibu. Fiya dah bagitahu ibu minggu ni Fiya tak balik. Assignment banyak sangat lah abang. Nanti semua dah beres Fiya balik lah,” kata Aafiya Zulaikha beralasan. Qays Fayruz terangguk-angguk kepalanya.
“Eh, abang cakap ibu dan papa rindu Fiya. Habis tu abang tu? Takkan tak rindu adik abang yang comel ni?” soal Aafiya Zulaikha sambil tergelak-gelak.
“Ish, ada pulak macam tu. Abang ni lagi rindukan Fiya tau. Rindu sampaikan makan berpinggan-pinggan, mandi dalam kolam, tidur pun awal,” ujar Qays Fayruz membalas gelak dengan Aafiya Zulaikha. Sengaja dia usik adiknya. Sungguh hidupnya seperti lengkap dengan kehadiran Aafiya Zulaikha sejak lapan tahun yang lalu.
“Ee, abang ni. Geram Fiya, selalu je nak usik orang. Okeylah abang sayang, Fiya ada kerja ni. Nanti esok Fiya call balik. Bye-bye.” Aafiya mematikan telefonnya setelah Qays Fayruz mengucapkan selamat tinggal. Aafiya Zulaikha tersenyum. Sayang yang di ucapkannya penuh bermakna. Bukan sayang hanya sebagai adik dan abang tetapi sayang dia adalah lagi rumit. Sayang sebagai seorang yang memendam perasaan pada si abang.
Tiba-tiba Aafiya Zulaikha mengeluh.
‘Fiya sayang abang.’

AAFIYA Zulaikha melebarkan pandangannya ke arah beberapa orang lelaki yang segak berpakaian sekolah. Qays Fayruz. Di seru nama itu dalam hati. Entah kenapa sejak menjejakkan kakinya di sekolah itu, hanya wajah lelaki itu yang bermain di matanya. Entah tarikan apa yang lelaki itu miliki sehinggakan dia mula rasa seperti jatuh cinta. Dan kali ini dia nekad. Jiwa remajanya meronta-ronta menyuruhnya melakukan sesuatu dan kerana itulah dia di situ. Menanti kemunculan lelaki itu dengan debaran yang semakin kuat.
“Err…” terjahnya apabila lelaki itu semakin menghampiri. Dia gagap. Tak tahu nak cakap apa sedangkan 10 minit yang lalu mulutnya terkumat-kamit menghafal skrip yang di tulis rakan baiknya, Azilia.
“Ya?” soal Qays Fayruz apabila mata gadis itu merenung ke arahnya. Setelah di nantikan beberapa minit, gadis itu masih terpaku lalu dia menyuruh kawan-kawannya menyusul terlebih dahulu. Mungkin gadis itu malu. Agaknya.
“Awak nak cakap dengan saya ke?” soalnya apabila mata gadis itu masih setia di wajahnya.
“Err… ni untuk awak.” Aafiya Zulaikha menyerahkan sampul surat berwarna merah jambu ke tangan lelaki itu. Semua skrip yang di hafalnya mula hilang satu persatu. Hanya itu yang dia ucapkan. Selebihnya terpulang kepada lelaki itu lagipun surat itu sudah dapat mewakilinya. Laju dia mengatur langkah.
Qays Fayruz membawa surat itu ke hidungnya. Lantas senyuman di ukir.
“Hmm, wangi!” getusnya.
~Assalamualaikum… maaf kalau surat saya ni menganggu. Sebenarnya saya suka awak.
Boleh tak awak jadi abang angkat saya?
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
Dari : Aafiya Zulaikha-2RK1~
Tersenyum-senyum Qays Fayruz membaca surat tersebut. Lawak apabila mengenangkan peristiwa lapan tahun yang lalu. Nampak sangat kebudak-budakan. Ada ke main pecah kaca, pecah gelas.
Ketika itu dia mendapat surat layang daripada Aafiya Zulaikha. Surat itu masih di simpannya sehingga kini. Sayang jika di buang. Lagipun itulah kali pertama dia di lamar menjadi abang angkat sedangkan selama ini surat yang di terima kebanyakannya melamarnya menjadi kekasih mereka.
Selepas menerima surat itu, dia menemui Aafiya Zulaikha. Ingin memaklumkan    kepada gadis comel itu akan kesudiannya menjadi abang angkat. Teringat sorakan kecil Aafiya Zulaikha saat dia memaklumkan kepadanya. Dan tanpa di duga, rupa-rupanya keluarga mereka adalah kenalan rapat dan setelah kematian ibubapa Aafiya Zulaikha ibunya, Datin Aisyah menyatakan hasratnya untuk mengambil Aafiya Zulaikha sebagai keluarga angkat mereka.
Dia yang sememangnya senang dengan kehadiran Aafiya Zulaikha dengan senang hati menyatakan persetujuannya. Kini dia semakin bahagia apatah lagi mempunyai adik perempuan seperti Aafiya Zulaikha. Cukup menghiburkan hatinya yang hanya bergelar anak tunggal.
Ketukan di pintu membawa dia jauh meninggalkan peristiwa lapan tahun yang lalu. Tersembul wajah kacak pegawai pemasaran di syarikatnya, Zill Qayyim. Lelaki kacukan arab itu tersenyum ke arahnya.
“Encik Fayruz, ni report jualan syarikat untuk bulan ini. Saya dah kemaskini semua data yang Encik Fayruz perlukan,” jelas Zill Qayyim lantas menyerahkan fail yang sederhana tebal ke arah bosnya. Qays Fayruz tersenyum apabila mula mendapat gambaran jualan yang ternyata meningkat dari bulan-bulan sebelumnya.
Good job. Awak boleh keluar.” Qays Fairuz mencapai fail tersebut setelah bayang Zill Qayyim mula menghilang.

“ABANG, Syah rindu la kat Aafiya. Abang tak rindu anak perempuan kita ke?” soal Datin Aisyah kepada suaminya, Datuk Badree. Mata Datuk Badree yang setia menonton berita di siaran TV3 mula mengalihkan pandangan. Di pandang seraut wajah milik isterinya dengan penuh kasih sayang. Dia tahu isterinya begitu menyayangi Aafiya Zulaikha. Begitu juga dia. Kehadiran Aafiya Zulaikha seperti memberi sinar harapan dalam keluarga mereka. Mereka gembira apabila di kurniakan anak perempuan sementelah hanya Qays Fayruz sahaja anak mereka. Qays Fayruz juga tidak lagi bosan kerana mendapat teman berbual apatah lagi Aafiya Zulaikha begitu manja dan petah berkata-kata.
“Ish, kamu ni Syah. Ada pulak tanya soalan macam tu. Mestilah abang rindu. Kalau tak silap dah hampir sebulan jugak dia tak balik kan? Entah apa yang sibuk sangat sampaikan tak ingat jalan rumah. Eh, entah-entah Fiya dah ada teman lelaki. Mana tahu hujung-hujung minggu ni dia keluar dengan teman lelakinya, bimbang sangat kalau kita tahu,” duga Datuk Badree. Melihat muka isterinya yang mula bertukar keruh, dia tahu dia dah tersalah berbicara. Tapi, itu yang selalu di fikirkannya.
“Abang ni memang... Kan Syah dah kata, Aafiya tu sukakan Fayruz. Takkanlah dia dah ada teman lelaki. Habis tu anak kita macam mana?” soal Datin Aisyah masih dengan muncung itiknya. Geram dia dengan suaminya, ada ke patut cakap macam tu. Datuk Badree tergelak kecil.
“Awak ni Syah, abang gurau je lah. Serius pulak ni kenapa? Bendera jepun ganti bendera Malaysia ke?” seloroh Datuk Badree mengusik isterinya. Ketawa isterinya menggantikan ketawa Datuk Badree. Muka cemberutnya tadi telah bertukar.
Dalam asyik ketawa, mereka tidak menyedari kelibat Qays Fayruz yang tersenyum nipis di sebalik pintu.

“IRA, jomlah temankan aku balik. Kau kan nak tahu siapa yang aku sayang sangat tu,” ujar Aafiya Zulaikha cuba menarik perhatian kawan baiknya, Qaira Zurina. Hanya wanita itu yang mengetahui rahsia hatinya. Hanya wanita itu yang mengetahui cintanya buat abang angkatnya. Cinta yang mula di semai sejak lapan tahun yang lalu.
“Bukan aku tak nak pergi Fiya. Tapi kau tahulah assignment Prof Azim tu. Banyak lagi yang aku perlu siapkan. Dahlah due date dah dekat,” beritahu Qaira Zurina beralasan. Aafiya Zulaikha tarik muka.
“Okey, aku janji kita balik semalaman je. Nanti kita minta tolong abang aku. Nak?” ajak Aafiya Zulaikha lagi.
“Tapi parent kau macam mana? Diorang okey ke kalau kau bawak aku sekali?” duga Qaira Zurina lagi. Bukan sengaja dia tak mahu mengikut Aafiya Zulaikha malah dia teringin sangat melihat bagaimana rupa lelaki yang membuatkan wanita itu tidak menerima lelaki lain dalam hidupnya tetapi dia risau penerimaan orang tuanya.
“Ish, kau ni. Kan aku dah cakap yang aku dah bagitahu ibu aku. Dia okey je. Nak-nak lagi aku bagitahu kau ni kawan baik aku, lagilah dia nak jumpa,” terang Aafiya Zulaikha. Petang tadi dia telah menelefon ibunya untuk memaklumkan kepulangannya. Gembira orang tua itu apabila dia ingin membawa pulang seorang kawan.
“Betul?” soal Qaira Zurina yang masih ragu-ragu. Aafiya Zulaikha mengangguk yakin.
“Okey, aku setuju. Tapi janji tau minta tolong abang kau tolong siapkan assignment aku.” Aafiya Zulaikha tersenyum lalu mengangguk. Gembiranya dia kerana dapat memujuk Qaira Zurina. Dia tak sabar ingin membawa wanita itu menemui Qays Fayruz.
Deringan telefon di sebelahnya dibiarkan berbunyi nyaring. Sengaja dia mendera si pemanggil. Masuk hari ni dah dua hari dia tidak menelefon lelaki itu. Sebenarnya dia sengaja tidak menelefon kerana hari ini dia akan pulang ke rumah tapi hal itu di rahsiakan dari pengetahuan abangnya. Mesti Qays Fayruz tidak senang duduk di buatnya. Apa taknya, mana dia pernah tidak menelefon lelaki itu. Saban hari pasti dia menelefon untuk mendengar suara lelaki yang berjaya memenangi hatinya kerana rindu.
Pintu pagar rumah di pandangnya sepi. Jam loceng di tekan. Serta merta deringan telefonnya berhenti.
Aafiya Zulaikha tersenyum. Pasti Qays Fayruz ada di rumah.
“Surprise!” jeritnya apabila pintu pagar di buka. Terkejut Qays Fayruz apabila terpandangkan wajah orang yang di sayanginya.
“Assalamualaikum abang. Fiya la ni.” Tangan Qays Fayruz di capainya. Qays Fayruz masih lagi terpaku. Dia menarik senyum segaris. Sedar dirinya di permainkan adik sendiri.
“Fiya ni, patutlah abang call tak nak angkat. Ingatkan dah ada pakwe sampaikan dah lupakan abang yang kat rumah ni,” ujar Qays Fayruz berjauh hati. Berpura-pura merajuk. Nak tengok macam mana adiknya nak pujuk nanti.
Aafiya Zulaikha tersenyum panjang sebelum merangkul lengan abangnya. Di tepuk bahu abangnya.
“Hodohlah abang ni merajuk. Tak macho tau. Eh, lupa pulak Fiya. Abang, ni kawan Fiya, Qaira namanya.” Aafiya Zulaikha memperkenalkan kawannya kepada abangnya. Qays Fayruz mengaru kepala yang tak gatal.
‘Ish, macam mana tak nampak kawan Fiya tadi. Buat malu je.’ Qays Fayruz masih dengan sengih kambingnya.
“Eh, dah sampai pun Fiya. Buat apa lama-lama kat bawah tu? Fiya, ajak kawan tu naik. Ee, budak ni, nampak je abang dia terus tak ingat dunia. Samalah dengan abang dia tu,” rungut Datin Aisyah masih dengan senyuman. Aafiya Zulaikha dan Qays Fayruz tersenyum malu. Mereka mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

AAFIYA Zulaikha menarik lengan baju abangnya. Cuba memujuk. Entah kenapa susah benar nak memujuk abangnya malam ni. Keras hati betul!
Please abang… abang kan sayang Fiya. Tolonglah, kali ni je Fiya minta tolong,” rayu Aafiya Zulaikha lagi. Kali ini jemari lelaki itu pula menjadi mangsa. Dipatah-patahkan sehingga terdengar bunyi-bunyi. Dia tahu abangnya suka dia buat begitu.
“Dah, Fiya tak payah nak pujuk-pujuk abang lagi. Abang taknak, Fiya suruh je kawan Fiya tu buat sendiri,” ujar Qays Fayruz masih lagi dengan pendiriannya.
“Okeylah, Fiya setuju.” Qays Fayruz mula tersenyum. Faham sangat dengan perangai adiknya.
“Fiya janji tidur sini dua malam? Okey, abang tolong kawan Fiya siapkan assignment dia,” ujar Qays Fayruz bersetuju. Aafiya Zulaikha tersenyum. Hmm, nampaknya terpaksalah dia hantar Qaira ke hostel dan dia balik ke sini semula.
Aafiya Zulaikha memerhatikan lagak Qaira Zurina. Tersenyum-senyum kawannya itu sambil mengemas baju-baju ke dalam beg bajunya. Apa tak senyum, semalam assignmentnya telah berjaya di siapkan. Itu semua jasa abangnya. Nasib baik abangnya bersetuju nak tolong Qaira, itupun Aafiya juga yang menjadi mangsanya. Terpaksa tidur di rumah sehari lagi.
“Ira, nanti aku hantar kau, aku balik sini balik tau,” ujar Aafiya Zulaikha berhati-hati. Takut juga kawannya berkecil hati. Semalam kata lain tapi hari ni lain pulak jadinya.
“Kenapa?” soal Qaira Zurina. Aafiya Zulaikha tersenyum kelat.
“Abang aku tak bagi aku balik lagi malam ni. Ada hal penting dia nak bincang katanya.” Aafiya Zulaikha memberi alasan padahal takde apa yang nak di bincangkan.
“Oo… kesian pulak kau kena ulang alik. Hmm, macam ni lah. Aku tak kisah pun kalau nak balik esok,” ujar Qaira Zurina. Aafiya Zulaikha tersenyum.
“Betul ni?” soalnya lagi. Qaira Zurina mengangguk yakin.
“Aku tak kisah dah. Lagipun, assignment aku kan dah siap.” Aafiya Zulaikha senyum makin lebar.

DI sangka sayang sampai ke tua, rupanya hancur sebelum bermulanya cinta. Begitulah yang terjadi kepada Aafiya Zulaikha. Dia sangka Qays Fayruz mengerti hatinya. Dia sangka cinta dan sayangnya telah berjaya di fahami abangnya tetapi ternyata meleset. Berita yang di dengari seolah-olah membunuh hati dan perasaannya. Apa yang terjadi sebenarnya?
“Fiya, aku nak minta maaf dengan kau.” Aafiya Zulaikha memandang Qaira Zurina dengan pandangan yang aneh. Pelik melihat kawannya memohon maaf sambil menangis-nangis.
“Ish, apa kau cakap ni Ira? Kenapa kau minta maaf dengan aku pulak.” Aafiya Zulaikha memberanikan dirinya merenung mata kawannya.
“Aku… aku…” Qaira Zurina menarik nafas panjang .Cuba mengumpul kekuatan.
“Aku sedang bercinta. Dah sebulan.” Aafiya Zulaikha tersenyum.
“Kau ni peliklah Ira. Aku tak kisahlah kau bercinta ke tak. Buat apa kau menangis ni? Aku tak marah pun,” pujuknya.
“Tapi aku… aku dengan Fayruz, abang kau,” kata Qaira Zurina membuatkan Aafiya Zulaikha terpempan. Cuba memahami maksud kata yang di lontarkan Qaira Zurina. Aku tak silap dengar ke?
“Aku tak silap dengar ke?” akhirnya soalan yang bermain di fikirannya terluah juga. Qaira Zurina menggelengkan kepalanya.
“Tak. Aku memang bercinta dengan Fayruz. Dah sebulan. Aku takut nak bagitahu kau, aku takut kau tak benarkan aku bercinta dengan dia sedangkan aku sayang sangat kat Fayruz. Aku cintakan dia.”
Aafiya Zulaikha memejamkan matanya, tak sanggup lagi nak dengar kata-kata yang seterusnya. Dia malu sebenarnya. Macam mana dia nak tutup mukanya sedangkan Qaira Zurina sendiri tahu lelaki yang dia sedang berkasih sayang adalah pujaan hatinya sejak lapan tahun yang lalu. Teganya kau, Ira.
“Habis tu? Yang kau bagitahu aku ni kenapa? Kau tak takut kalau aku tak benarkan kau bercinta dengan abang?” duga Aafiya Zulaikha. Sungguh dia marah tapi siapalah dia untuk melarang semuanya daripada terjadi lagipun melihat daripada cara Qaira menyebut nama abangnya, tahulah dia yang hubungan mereka terlalu rapat. Selama dia mengenali Qays Fayruz, lelaki itu tidak suka orang memanggilnya Fayruz kerana panggilan itu hanya di benarkan kepada mereka yang rapat dengannya sahaja.
“Maafkan aku Fiya. Kalau dulu pasti aku akan lepaskan Fayruz kerana aku tahu kau cintakan dia.” Dia menarik nafas panjang.
“Dan sekarang kau nak bagitahu aku walaupun aku melarang, hubungan korang akan berjalan seperti biasa. Macam tu?” bentak Aafiya Zulaikha perlahan. Kenapa dia merasakan dia seperti parasit. Sedangkan parasit yang sebenar adalah Qaira Zurina.
“Tiada apa yang boleh aku buat Fiya. Aku cintakan dia dan begitu juga Fayruz. Restulah hubungan kami. Aku harap sangat kau lupakan dia sebab sekarang dia milik aku.” Kata-kata Qaira Zurina membuatkan Aafiya Zulaikha terduduk. Air mata yang ingin keluar di tahan sehingga merah mukanya menahan tapi dia rela begitu. Dia tak mahu perempuan ini melihat saat tewasnya Aafiya Zulaikha tanpa cinta.
“Fiya, aku…”
“Kau jangan risau Ira. Macam yang kau cakap, walaupun aku melarang hubungan korang sekuat mana sekalipun ia tetap akan berjalan seperti biasa dan aku tahu kau sebenarnya tidak perlu restu aku untuk hubungan korang. Kau bagitahu aku pun sebab nak suruh aku lupakan abang, macam tu kan? Aku harap kau teruskanlah dengan new life kau sebab aku pun susah nak lupakan Qays Fayruz. Tapi bukan kerana aku cintakan dia tapi sebab dia tu abang aku.” Usai memuntahkan kata-kata, Aafiyta Zulaikha laju keluar dari bilik lantas menuju ke taman. Taman yang mula di kunjungi segelintir kanak-kanak dan remaja yang sedang asyik bercinta seperti menyakitkan lagi hatinya.
‘Kenapa mereka boleh bergembira sedangkan dia hanya mampu meratap?’ rintihnya perlahan. Tanpa segan silu air matanya mengalir laju. Aafiya Zulaikha tak kisah apa pandangan mereka semua.
Dia sudah tak kuat lagi. Kenapa begini percaturan hidupnya? Dia tak minta lelaki yang paling kaya, dia tak minta lelaki yang paling kacak dan dia tak minta lelaki yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk dia.
‘Hanya dia yang aku minta, Ya Allah. Hanya dia,’ rintihnya lagi. Kali ini semakin kuat tangisnya.
Tapi apa yang membuatkan dia terkilan adalah perempuan yang menghuni hati Qays Fayruz. Kenapa perempuan itu? Kenapa kawan baiknya? Kenapa Qaira Zurina? Dia seperti di khianati, seperti di tikam dari belakang. Lebih-lebih lagi Qaira Zurina tahu lelaki itulah yang dia sayang, yang dia cinta sepenuh hati.
“Assalamualaikum.” Suara garau lelaki memberi salam membuatkan dia tersentak. Di sapu rakus air mata yang masih mengalir. Salam di jawab perlahan. Dia mula tertanya-tanya gerangan lelaki yang menegurnya. Dia tak pernah menemui lelaki ini.
“Awak ada masalah ke? Kalau dah rasa tak tahan, awak boleh kongsi dengan saya. Saya tak kisah.” Perlahan suara lelaki itu. Aafiya Zulaikha mula tersenyum, cuba menyedapkan hati lelaki itu.
“Tak. Saya takde apa-apa masalah,” ujarnya cuba mengelak padahal dia sendiri tahu tak mungkin lelaki ini akan percaya.
“Kalau awak kata macam tu, takpelah. Lagipun saya taknak awak makin tak selesa. By the way, I’m Zill Qayyim,” ujar Zill Qayyim mencuba untuk memahami. Kalau dah memang si tuan badan mengatakan dia tiada apa-apa masalah, untuk apa dia terus memaksa. Tak elok kalau di paksa, nanti makin membuatkan dia parah. Semakin teringat-ingat akan masalahnya.
“Saya Aafiya Zulaikha. Panggil Fiya je. Err, sedap nama awak. Unik,” pujinya ikhlas. Tidak pernah dia mendengar nama sebegitu. Pelik tetapi sedap apabila di sebut. Zill Qayyim tersenyum. Malu apabila di puji sedemikian.
Thanks, maksudnya perlindungan yang berharga. Saya berharap sangat suatu hari nanti saya di beri peluang untuk memberi perlindungan kepada insan yang saya sayang. Semoga ianya betul-betul seperti perlindungan yang berharga.” Begitu laju Zill Qayyim menyusun kata. Aafiya Zulaikha memandang sekilas lelaki di sebelahnya. Termenung jauh. Pasti teringatkan buah hati.
Sweetnya ayat. Bertuah girlfriend awak.” Puji Aafiya Zulaikha biarpun tekaknya seperti berpasir apabila menyebut perkataan girlfriend. Serta merta dia terbayangkan Qaira Zurina.
“Saya single lah. Insan yang saya maksudkan tu adalah umi saya.” Keruh muka Zill Qayyim. Aafiya Zulaikha ketap bibir.
“Maksud awak?”
“Saya jarang jumpa dengan umi. Sejak walid bercerai dengan umi, umi dah jarang balik Malaysia. Umi saya orang Arab. Dia janji kalau saya kahwin, barulah dia akan tinggal dengan saya di Malaysia,” ujar Zill Qayyim panjang lebar. Dia tak tahu kenapa berhadapan dengan Aafiya Zulaikha walaupun baru beberapa minit boleh membuatkan dia senang untuk bercerita.
“Habis tu kenapa tak kahwin lagi?” soal Aafiya Zulaikha laju, apabila menyedari yang dia mula menjadi busybody, cepat-cepat dia menutup mulutnya lalu meminta maaf. Zill Qayyim masih lagi tersenyum. Begitu kacak apabila turut di kurniakan lesung pipit bagi kedua-dua pipinya membuatkan mukanya yang kacak bertambah kacak. Aafiya Zulaikha terpana sekejap. Hampir gugur jantungnya.
Selama ini mana pernah dia membiarkan lelaki lain cuba untuk merapati dan mengenalinya. Baginya, hanya Qays Fayruz yang berhak mengenalinya dengan lebih rapat lagipun dia tak mahu hatinya berubah. Tapi apakan dayanya, rupa-rupanya hanya dia yang cintakan Qays Fayruz sedangkan lelaki itu ternyata hanya menganggapnya sebagai adik semata-mata.
“Fiya,” panggil Zill Qayyim untuk kali keberapa. Tangannya di awang-awangkan dihadapan muka Aafiya Zulaikha.
“Ya?” Aafiya Zulaikha tersentap. Terkebil-kebil matanya.
“Tadi awak tanya saya kenapa tak kahwin. Bila saya bagitahu, awak khayal pulak?” rungut Zill Qayyim. Aafiya Zulaikha tersenyum menutup malu.
“Eh, sorry awak. Err, saya gerak dulu. Saya ada hal,” ujar Aafiya Zulaikha kelam kabut. Berlari-lari dia cuba untuk melarikan diri padahal Zill Qayyim masih memanggil-manggil namanya. Dia hanya berlari dan terus berlari.

“FIYA marah ke abang bercinta dengan Qaira?” soalan Qays Fayruz membuatkan Aafiya Zulaikha sentap. Ada ke patut dia tanya soalan macam tu? Kalau ikutkan hati Aafiya yang marah, mahu sahaja dia sembur abangnya itu tetapi memandangkan perasaannya tidak di ketahui Qays Fayruz, dia hanya diam.
Terdengar sebuah keluhan di lepaskan di talian sebelah sana.
“Fiya, janganlah buat abang macam ni….” Panjang meleret Qays Fayruz merayu. Kali ini Aafiya Zulaikha betul-betul tak tahan.
“Apa hubungan kita berdua?” terkejut Qays Fayruz apabila suara adik kesayangannya kedengaran dingin.
“Fiya tak kisah siapa kekasih abang. Hubungan kita hanyalah abang dan adik angkat sahaja. Tak lebih daripada itu,” potong Aafiya Zulaikha sebelum sempat Qays Fayruz berbicara.
“Janganlah cakap macam tu Fiya. Abang sayang Fiya,” pujuk Qays Fayruz. Aafiya Zulaikha hanya mencebik. Sakit hatinya apabila mendengar suara abangnya yang memujuknya kerana terlalu sayangkan Qaira Zurina.
“Kalau suatu hari nanti abang terpaksa memilih antara Fiya dan Ira untuk di selamatkan, yang mana satu yang abang pilih?” duga afiya Zulaikha. Sengaja dia menduga hati Qays Fayruz dengan harapan nama dia akan meniti di bibir lelaki itu. Tetapi apabila masa terus berjalan dan Qays Fayruz masih lagi terdiam, dia tahu yang dia bukan siapa-siapa di hati lelaki itu meskipun sebagai adik angkat.
“Don’t give me your answer.”
“Fiya.” Qays Fayruz menyeru nama Aafiya Zulaikha. Terdengar desahan nafas yang keluar.
“Fiya doakan abang bahagia dengan Ira,” ucap Aafiya Zulaikha. Dia tahu yang air matanya akan tumpah bila-bila masa dan daripada lelaki itu mendengar esakan kecilnya, lebih baik dia menamatkan perbualan mereka.
‘Ya ALLAH, kalau benar bukan dia jodohku, kenapa kau suburkan perasaan cinta ini kepadanya. Kenapa Kau membiarkan aku meminta dia sedangkan akhirnya dia tetap bukan milik aku?’ rintih Aafiya Zulaikha. Dia takut untuk kecewa lantas dia melabuhkan cinta kepada lelaki itu tetapi kenapa akhirnya dia kecundang juga?

HARI semakin berlalu dan hatinya semakin terluka dengan lagak Qays Fayruz dan Qaira Zurina. Kini, hobinya yang sentiasa menelefon lelaki itu terus di lupakan. Dia tak mahu lagi membazirkan masa dan duit semata-mata kerana abangnya. Apabila abangnya menyoalkan hal itu, sengaja dia memberi alasan tidak mahu Qaira Zurina cemburu. Malah, dia juga sudah jarang balik ke rumah. Takut bertemu mata dengan abangnya. Bimbang hatinya semakin sakit.
Qaira Zurina juga semakin menyakitkan hati Aafiya Zulaikha. Hampir setiap malam dia akan berjumpa dengan Qays Fayruz malah di tonjol-tonjolkan kemesraan itu di hadapannya. Apabila dia bertindak seperti tidak kisah, di ceritakan pulak kemesraan mereka di rumah. Naik jenuh dan bernanah telinganya mendengar cerita itu tetapi di tahannya juga. Bimbang kelihatan seperti wanita lemah padahal apabila bersendirian, pasti air matanya itu setia menitis.
“Fiya, meet you again.” Aafiya Zulaikha terpaku. Di mana dia sedang melayan perasaan sedih, di situ pasti ada Zill Qayyim memunculkan diri. Pada mulanya memang Aafiya Zulaikha geram jugak kerana Zill Qayyim seolah-olah nampak kelemahannya tapi  di sebalik itu Aafiya Zulaikha juga  tak dapat sangkalkan kehadirannya sedikit sebanyak membuatkan dirinya lebih tenang.
“Yeah, you again,” jawabnya lemah. Zill Qayyim tersenyum.
“Macam tak suka je saya ada kat sini.”
“Ish, takdelah. Cuma tak sangka.” Selepas itu masing-masing terdiam. Termenung jauh.
“Kenapa orang perempuan selalu nampak kesalahan lelaki?” mendengar soaan Zil Qayyim, kepala Aafiya Zulaikha berpaling. Bahu di angkat sebagai jawapan.
“Mungkin ada ketikanya kita perlu berfikir sejenak. Mungkin apa yang kita fikirkan tak semuanya sama. Mungkin bagi kita, si dia dah banyak lukakan hati kita tapi kita perlu ingat selama ini kita dah banyak tersenyum kerana dia. Kalau dulu setiap masa kita memuji kebaikannya, keikhlasannya kerana menerima kita seadanya, jujur dalam perhubungan tetapi hanya kerana penipuannya yang sedikit, begitu mudah kita di landa tsunami.” Aafiya Zulaikha tertarik dengan kata-kata Zill Qayyim. Lelaki itu seperti boleh membaca hatinya. Tahu apa yang di landanya. Tapi berbeza kisahnya kerana Qays Fayruz tidak pernah mencintainya.
“Menangis contohnya. Fiya menangis siang, malam dan hari-hari seterusnya hanya kerana dia tapi pernahkan Fiya fikir untuk apa semua air mata itu di bazirkan? Daripada Fiya menangis kerana seorang lelaki lebih baik Fiya menangis kerana ALLAH, untuk memohon keampunan daripada-Nya. Sebaliknya Fiya tak rugi apa-apapun, in fact, Fiya dapat ganjaran pahala.” Aafiya Zulaikha semakin menikus. Tahu bahawa dia bukanlah wanita yang baik. Dia tidak bertudung walaupun dia menjaga pergaulannya. Dia sedar yang dia sudah banyak terpalit dosa. Sudah banyak auratnya menjadi pandangan lelaki ajnabi.
Dia meraup mukanya perlahan. Dia sedar dosanya. Untuk apa dia mempersalahkan abangnya dalam soal hati dan perasaannya sedangkan selama ini tidak pernah dia menyuarakan hasrat hatinya. Dia mula sedar bahawa hubungan mereka bukanlah adik beradik kandung tetapi selama ini selamba je dia memeluk dan membiarkan dirinya di peluk lelaki itu.
Untuk apa dia mempersoalkan ketentuan Allah yang menjauhkan hati abangnya dari melihat dirinya? Sedangkan suruhan Allah supaya hambaNya berjalan ke jalan yang lurus juga tidak di lakukannya.
‘Ya ALLAH, berdosanya aku.’ rintihnya perlahan. Mata yang tadinya kering kembali mengeluarkan air jernih setitis demi setitis. Kali ini tangisannya pecah bukan kerana Qays Fayruz, bukan kerana cintanya tidak bersambut dan bukan juga kerana cemburukan kawan sendiri yang berjaya mendapatkan cinta abangnya. Tapi kali ini air matanya jatuh kerana dosanya. Mengenangkan betapa banyak dosa yang telah dia lakukan, dia semakin teresak-esak.
Kenapa selama ini dia buta? Tidak menyedari dosa yang di lakukan dengan sengaja walhal sudah terang-terang dia tahu kewajipan bertudung bagi wanita Islam.
“Saya banyak buat dosa Qayyim. Patutlah selama ini terlalu banyak dugaan yang melanda saya. Dan setiap kali itu juga saya tak berjaya mengharunginya.” Esakan Aafiya Zulaikha semakin menjadi-jadi.
“Dugaan yang di kirimkan oleh ALLAH buat hamba-Nya bukan kerana dosanya tapi kerana kasih-Nya. Itu tandanya Dia masih mengingati kita, masih sayang kepada kita. Sepatutnya kita bersyukur kerana kita terpilih untuk menempuh dugaan yang tidak semestinya orang lain mampu mengharunginya,” terang Zill Qayyim lagi. Kali ini dia tekad, wanita itu perlu berubah. Sudah banyak kali dia mendekati wanita itu tetapi Aafiya Zulaikha sering mengelak. Dan Allhamdulillah, kali ini usahanya seakan menemui cahayanya.

SEMUA yang memandang seakan tidak percaya.Wanita ayu bertudung di hadapan mereka begitu cantik dan sopan lagaknya. Aafiya Zulaikha mendekati ibu angkatnya, Datin Aisyah. Di peluk erat wanita tua itu maklumlah sudah hampir sebulan dia menyepi.
“Aafiya Zulaikha ke ni?” soalan Datin Aisyah mengundang ketawa Aafiya Zulaikha. Di anggukkan kepalanya berkali-kali sambil tersenyum. Dia tahu yang dia melakukan perkara yang betul. Kali ini Datin Aisyah pula memeluknya erat.
“Ya ALLAH, dah lama ibu nak tengok Fiya pakai macam ni. Manis sangat,” puji Datin Aisyah membuatkan Aafiya Zulaikha tersenyum malu. Memerah pipinya apabila di usik begitu. Pasti ibunya senang dengan penampilan barunya apatah lagi ibunya itu juga bertudung.
“Ibu, Fayruz dah balik,” ujar Qays Fayruz sekadar memberitahu. Di pandang Aafiya Zulaikha tak berkelip.
“Siapa ni bu?” soal Qay Fayruz. Wanita di hadapannya galak ketawa apabila soalan itu di tujukan kepada ibunya. Suara gelak yang di kenalinya membuatkan dia terdiam lama.
“Ya ALLAH, Fiya?” senyum Qays Fayruz lantas mahu di peluknya Aafiya Zulaikha seperti kebiasaannya. Nasib baik Aafiya Zulaikha sempat menyorok di belakang ibunya.
“Ish, abang ni. Abang mana boleh peluk Fiya. Kita ni kan takde hubungan darah. Kita ni bukan muhrim. Berdosa,” ujarnya membantutkan hasrat Qays Fayruz.
“La.. tak boleh ke? Habis tu macam mana nak peluk macam dulu-dulu?” soalnya bodoh.
“Kalau nak peluk sangat anak dara orang tu, kahwin je terus.” Datin Aisyah mencelah. Sengaja memancing mereka berdua. Aafiya Zulaikha masih tersenyum manakala Qays Fayruz mula menggigit bibir bawah.
“La, kena kahwin ke bu? Kalau macam tu pinanglah Fiya untuk abang,” ujar Qays Fayrus sekadar mengusik padahal dia juga tidak tahu kenapa bibirnya gatal sangat nak bersuara. Mati terus senyuman Aafiya Zulaikha. Datin Aisyah mula tersenyum girang. Datuk Badree yang sedang membaca surat khabar di sofa mula memberikan perhatian. Nak tak nak, terpaksa juga Aafiya Zulaikha meleraikan segalanya. Dia tahu ibubapa angkatnya sudah merestui hubungan mereka berdua tetapi sebagai seorang perempuan, tidak mungkin dia menaruh hati kembali kepada abangnya. Lagipun dia mula tawar hati apabila mengingatkan kemesraan abangnya bersama Qaira Zurina. Terlalu menyakitkan mata dan menggores luka di dadanya.
“Eleh abang ni, habis tu Ira tu nak letak mana?” sengaja Aafiya Zulakha menyebut nama Qaira, supaya abangnya sedar siapa kekasih hatinya yang sebenar. Dia perasan pandangan abangnya yang semacam tu.
“Siapa Ira?” soal Datuk Badree pula. Mula merasakan suasana yang berbeza. Qays Fayruz mula menelan liur.
“Kawan Fayruz pa,” ujar Qays Fayruz lagi. Perlahan. Aafiya Zulaikha malas nak bersoal jawab sedangkan dua hari yang lalu Qaira Zurina ada menunjukkan cincin permata. Katanya, Qays Fayruz sudah melamarnya dan cuma tunggu lamaran rasmi sahaja nanti, itupun masih belum di maklumkan kepada keluarga masing-masing. Hanya merancang sahaja atau mungkin hanya ingin menunjuk di hadapannya.
“Err, ibu… papa… Fiya ada benda nak bincang,” bagitahu Aafiya Zulaikha, malas nak panjangkan cerita. Qay Fayruz mula terasa lain macam sahaja perbincangan yang akan terjadi.
Datuk Badree mengajak mereka semua duduk terlebih dahulu. Masakan mahu berbincang sedangkan masing-masing berdiri sambil berwajah tegang. Datuk Badree perasan pandangan anak lelakinya sentiasa terarah kepada Aafiya Zulaikha yang mula terasa kekok. Anak angkatnya itu begitu cantik dengan tudung di kepala.
“Minggu depan ada rombongan nak datang meminang. Fiya harap ibu dan papa dapat menjadi wakil dari pihak Fiya,” ujar Aafiya Zulaikha memaklumkan berita yang pastinya mengejutkan semua orang.
“Nak datang meminang?” soal Datin Aisyah tidak percaya. Tak mungkin Aafiya Zulaikha mempunyai teman lelaki kerana dia pasti Aafiya Zulaikha mencintai Qays Fayruz.
Aafiya Zulaikha mengangguk yakin. Cuba memberitahu bahawa berita yang di sampaikan adalah benar. Datin Aisyah tampak terkejut.
“Tapi..”                     
“Ish, kamu ni Syah, banyak pulak cakapnya. Fiya minta kita jadi wakil dia nanti, apa susahnya. Dah, Fiya tak payah risau, papa akan uruskan. Tapi, siapa budak lelaki itu? Papa kenal ke?” soal Datuk Badree mula berminat. Aafiya Zulaikha tersenyum apabila di soal.
“Qayyim pa... Zill Qayyim namanya,” bagitahu Aafiya Zulaikha. Dia sendiri tak menyangka lelaki itu menyukainya. Berminggu-minggu lamanya lelaki itu sabar membentuknya menjadi muslimah sejati. Kata lelaki itu, dia tak mahu bercinta. Tak elok katanya. Sebab itu di lamarnya terus Aafiya Zulaikha menjadi temannya. Aafiya Zulaikha yang terkejut hanya meminta tempoh untuk melakukan solat istikharah.
Ternyata ALLAH menentukan jodohnya. Zill Qayyim adalah lelaki yang tercipta untuknya, pemilik sebenar tulang rusuknya di saat bibirnya laju menuturkan kata persetujuan.
“Tapi Fiya kan masih belajar lagi?” soal Qays Fayruz tidak puas hati. Nama Zill Qayyim seperti memberitahunya siapa orangnya. Hanya lelaki itu sahaja yang memiliki nama yang unik seperti itu. Rasa cemburu sudah tidak dapat di tahannya.
“Fiya tak kisah bang. Qayyim pun dah cakap dia takkan halang Fiya belajar dan seterusnya bekerja. Malah dia kata, dia akan sokong Fiya daripada belakang. Lagipun, berkahwin muda ni banyak faedahnya bang.” Aafiya Zulaikha menerangkan kesemuanya bukan sekadar mahu memaklumkan atau sengaja menunjuk tapi dia mahu abangnya sedar, jodoh ini bukan kita yang menentukannya sama seperti ketika Zill Qayyim membuatkan dia sedar bahawa jodohnya bukan dengan Qays Fayruz.
Dia redha kerana dia tahu, ALLAH menjadikan sesuatu itu dengan sempurna. Dia hanya meminta lelaki seperti Qays Fayruz (penyayang, kacak, baik dan menerima dia seadanya).Walaupun ALLAH tidak memakbulkan doanya, dia mendapat seorang lelaki yang jauh lebih baik daripada itu. Zill Qayyim bukan sahaja kacak malah menyejukkan mata yang memandang dan mampu membuatkan dia berubah. Lelaki itulah yang membawanya kembali ke jalan ALLAH.
Datin Aisyah dan Datin Badree sudah lama berlalu meninggalkan mereka berdua. Mereka seolah-olah mengerti apa yang berlaku lalu memberikan mereka ruang.
Qays Fayruz tertunduk menekur lantai.
“Abang tak faham kenapa Qayyim yang Fiya pilih?” soal Qays Fayruz lagi. Masih tidak berpuas hati.
“ALLAH menentukan siapa jodoh Fiya bang,” ujar Aafiya Zulaikha. Qays Fayruz mula memandangnya. Menatap wajahnya lama. Aafiya Zulaikha semakin tidak selesa tetapi di biarkannya sahaja.
“Habis tu, abang?” Aafiya Zulaikha tersenyum nipis.
“Kenapa dengan abang pulak. Sepatutnya abang terima hubungan kami sepertimana Fiya terima abang bersama dengan Ira,” ujar Aafiya Zulaikha tegas. Dia bukan mahu mengungkit tapi kalau itu boleh membuatkan Qays Fayruz sedar, dia sanggup.
“Abang cintakan Fiya.”
Akhirnya terluah juga kalimah itu membuatkan Aafiya Zulaikha terkedu. Qays Fayruz yang perasan keadaan Aafiya Zulaikha mula tersenyum.
“Abang tahu Fiya pun cintakan abang, kan?” soalan Qays Fayruz menyedarkan Aafiya Zulaikha.
“Dah terlambat abang. Fiya mengaku yang Fiya perlukan permata untuk terus menyinar dan di pandang seperti Fiya lah wanita yang bertuah tapi Fiya lebih perlukan perlindungan yang berharga yang akan memelihara Fiya selamanya. Di bandingkan permata, bagi Fiya, perlindungan yang berharga itu lebih bermakna.” Usai Aafiya Zulaikha memuntahkan kata-kata itu, dia berlalu meninggalkan Qays Fayruz yang masih terpinga-pinga.
Aafiya Zulaikha berjalan penuh yakin. Dia yakin, dia melakukan keputusan yang betul. Dia mencintai Zill Qayyim kerana lelaki itu mencintainya dengan jujur.
Aafiya Zulaikha sedar yang dia pernah di lukai dan mungkin pernah melukakan hati seseorang tanpa dia sedar. Dan kerana itu dia mula belajar untuk menghargai dan menerima apa yang ada malah dia rela berkorban untuknya. Dia juga sedar erti sebenar di sebalik perkataan jujur. Jika sebelum ini Qays Fayruz jujur kepadanya, mungkin dia juga menerima cinta lelaki itu sementelah dia juga memiliki rasa yang sama dan jika dia juga jujur dengan apa yang di rasakannya dahulu pasti lain coraknya kehidupannya kini. Tapi itu semua kuasa ALLAH. Begitu cantik cara susunannya sehinggakan Aafiya Zulaikha bertambah yakin jodohnya adalah Zill Qayyim.
Biarlah kenangannya bersama Qays Fayruz di kenang semata-mata. Kini apa yang perlu di minta dan di pohon adalah semoga jodohnya kuat bersama Zill Qayyim.

MAKSUD NAMA
Aafiya – kecergasan
Zill Qayyim – perlindungan yang berharga
Fayruz - permata

7 ulasan:

  1. alhamdulilah..cite sangat menarik dan padat dengan isi2 yg bmanafaat...#wawadyshA#

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. terima kasih wawa~

    BalasPadam
  3. Best teruskan berkarya.....

    BalasPadam
  4. cerita ne sgt menarik..ada nilai murni yg bermanfaat..hrp kak nana billa trus mghasilkn karya yg trbaik!

    BalasPadam
  5. semue cite akak best2 , sye da bace da novel cintaku at scholl . best sngt ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq dik @kunurulatiqah kerana menyokong. Alhamdulillah, novel CAS menepati citarasa kamu.. :)

      Padam

Hit me with your words.. Ayark!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...