Nuffnang

Ulat Dewasa

Dalam setiap benda yang kita angankan, jangan lupa untuk lukiskan satu sempadan antara fantasi dan realiti. Kalau terbang ke awan, jangan lupa pada tanah... kalau bersantai di bumi, jangan lupa impian di langit.
~Selamat Membaca~ ann_billa@yahoo.com

Sabtu, 27 Mei 2017

Antara Dua Cinta (Epilog)

EPILOG

2016

“AKU nikahkan dikau dengan Zulaikha Aisya Lee Abdullah dengan mas kahwinnya RM300 tunai...”

“Aku terima nikahnya, Zulaikha Aisya Lee Abdullah dengan mas kahwinnya RM300 tunai...”

“Sah?”

“Sah!”

Zhee pejam rapat kedua belah matanya. Sejurus itu air mata yang di tahan mengalir laju menuruni pipi. Sebak dan gembira bercampur baur sehingga dia sendiri tidak tahu bagaimana nak pamerkan perasaannya.

Liur di telan. Terasa berpasir. Mata di buka perlahan. Bibir cuba untuk tersenyum. Bila air mata itu ingin mengalir lagi, di seka laju dengan jari. Matanya menatap lembut wajah si pengantin lelaki. Rasa gundah yang sedari semalam seperti tidak mahu beredar kini mula hilang perlahan-lahan. Kalau semalam, dia sendiri tak yakin dengan keputusannya, tapi kali ini dia percaya. Inilah keputusan yang tepat. Dia tak salah memilih.

‘Ya ALLAH, terima kasih kerana beri aku peluang untuk bersama dia. Jadikanlah cinta yang bakal bersemi nanti cinta yang halal lagi sejati. Semoga dia syurga buatku di dunia ini dan peneman di akhirat sana. Aamiin...’ doanya di pelupuk hati.

Si pengantin lelaki berdehem perlahan apabila pengantin perempuan seperti terlalu jauh hanyut dengan imaginasi sendiri.

Mendengar deheman itu, Zhee tersengih kecil sebelum tangan kirinya di hulur. Pengantin lelaki capai tangan Zhee lalu cincin bertahta emas putih itu di sarung ke jari putih Zhee. Zhee sambut tangan kanan si lelaki lalu menciumnya lembut.

“Terima kasih...” ucapnya ikhlas. Lelaki itu masih lagi dengan senyuman manisnya.

“Abang yang sepatutnya berterima kasih dengan Zhee,”

Dan mereka saling tersenyum berpaksikan cinta yang bakal di semai bersama. Mereka sedar akan ada rintangan yang maha hebat yang perlu mereka tempuh sebagai suami dan isteri. Kerana mereka tahu kahwin itu mudah, tapi untuk mengekalkannya memerlukan seribu satu usaha. Kalau kuat, teguhlah sebuah perkahwinan itu. Kalau lemah, robohlah sebuah mahligai yang di bina.

Zhee dongak ke atas. Memohon kepada Yang Maha Kuasa.

Tiba-tiba dia teringat perbualannya dahulu bersama seseorang yang dia sayang.

“Bila kau rasa down, jangan dengan kau kau sekali down. Macam aku, sebagai orang Islam… aku percaya apa yang terjadi tu semua qada’ dan qadar Allah. So, apa yang aku buat. Pejam mata, letak tangan di dada dan motivate diri sendiri. ‘Ini kisah aku dan perjalanan ini adalah perjalanan hidup aku. Dia yang letak aku di mana aku berada. Ini rancanganNya. Sebagai hamba, aku cuma perlu tempuh dan percayakanNya’ that’s it! Senang kan?” 


Ahad, 5 Oktober 2014

Bukan Suami Sementara


NOVEL OGOS PFP

TAJUK : BUKAN SUAMI SEMENTARA
PENULIS : NANA BILLA
HARGA : RM24 / RM27

ISBN : 978-967-363-205-1

Nur Anilsa Najwa - Hidupnya begitu bahagia. Apatah lagi dengan kehadiran Fiqri yang sikit masa lagi akan menjadi suaminya yang sah. Tapi, ujian Allah tak siapa dapat menjangka. Pada hari yang sepatutnya membuatkan dia bahagia, hatinya ranap dengan halangan si ibu.

“Fiqri tak boleh kahwin dengan Nisa.”

Fiqri Izham - Kalau ikutkan hati, kenyataan itu takkan dipandang langsung. Tapi, kenyataan itu bukannya fantasi. Dia berada di dunia realiti. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk telan segalanya. Demi kebahagiaan sebuah keluarga, dia perlu teguhkan hati.

“Kita lari.”

Kerana rasa cinta, Anilsa sanggup menuntut janji. Tanpa memikirkan hati yang lain akan kecewa, dia tetap dengan keputusannya. Namun, Allah punya rancangan yang jauh lebih baik. Kematian Encik Mustafa membuatkan Anilsa sedar, baik keluarga atau Fiqri, dia tak punya pilihan. Lalu dia pergi meninggalkan segalanya. Tanpa dia sedar, dia takut untuk jatuh cinta.

Perkahwinan Fiqri memaksanya untuk pulang. Apabila hati mula menerima, kenapa Wati yang menjadi isteri lelaki itu? Dendam lama antara dia dengan Wati membuatkan dia nekad. Untuk menyakitkan hati wanita itu, dia perlu berpura-pura menggoda Fiqri. Tapi, akhirnya dia pula yang tersepit.

Ryan Asyraf - Aku tak tahu ini jodoh atau apa. Ini kali ketiga kita jumpa. Kalau kau tak kisah… kita kahwin!

Kehadiran Ryan dianggap tuah buat Anilsa. Lalu, dia menjadikan lelaki itu sebagai suami sementara. Sering kali Ryan mengatakan cinta, sering kali dia berlalu pergi. Baginya, Ryan mengahwininya hanya kerana kemahuan keluarga mereka. Tapi, Ryan Asyraf yang terlalu memahami sering membuatkan hati lari dari tangkainya. Lalu, dia rela untuk menjadikan lelaki itu sebagai bukan suami sementara. Tapi, bila hati dah kata suka, kenapa masih ada halangannya apabila rahsia mereka menjadi taruhan dan cemburu pula mula menular. Anilsa buntu. Apakah cinta tak mungkin menjadi miliknya?



p/s: huish, dah lama xde post kat blog ni. Ini pun nak promot novel yang dah sebulan lebih berada di pasaran. Nampak betapa masa mencemburui kita kan? Ecececeh...
So, macamana? Dah memiliki novel BSS? Kalau belum, jangan segan-segan dapatkan di kedai-kedai buku ataupun order online dengan PFP ataupun order dengan saya sendiri. Yang pastinya, kalau order dengan saya, akan dapat freegift gitu..
Yang dah memiliki dan dah pun baca, jangan lupa review :)

Jumaat, 27 Disember 2013

Now Or Never 6



6
“ZACK…”
“Hmm…” respon pendek di beri.
Zack langsung tak pandang muka Luke. Matanya tak lepas dari pandang TV. Luke melabuhkan punggung di sebelah Zack.
“Aku nak pergi Fiction Café. Kau nak ikut?” soal Luke.
Matanya turut lekap ke kaca TV. Cerita apa ni? Cerita cinta? Euw, Zack layan cerita cinta. Telinga menangkap suara di kaca TV.
“Bila?” soal Zack sepatah.
“Sekaranglah. Sue ada call tadi,” jawab Luke. Mata dah lari dari menonton TV. Dia tak berminat cerita-cerita sebegini.
Mata Zack terus kalih ke muka Luke.
“Sue mana pulak ni?” soal Zack. Kenapa sejak dua menjak ni, ada je nama yang dia tak kenal meniti di bibir Luke.
“Kawan Dhea. Kau kata nak tengok Dhea,” ujar Luke. Hari tu beria-ia Zack nak jumpa Dhea selepas dia bagitahu ada seorang perempuan misteri yang selalu bertandang di Fiction Café. Perempuan yang suka memerhati tapi tak sedar yang dirinya di perhatikan.
“Eh, sejak bila kau berkawan dengan kawan Dhea?” soal Zack. Blur. TV yang terpasang sudah di perlahankan.
“Sue, waitress yang hari tu…”
Zack angguk kepala.
“Kau suka dia?” soal Zack.
“Siapa?”
“Dhea…”
Luke angguk. Bibir dah mengukir senyum. Dia tahu dia suka Dhea.
“Cinta?” senyuman Luke mati. Soalan Zack boleh buat dia tercekik air liur sendiri. Dia diam.
Suka dan cinta, bukan dua benda yang berbeza ke? Tapi kenapa perlu ada soalan yang kedua itu?
Kepala ingin di geleng. Tapi, tepukan di bahu menghentikan niat asalnya.
“Tak salah untuk jatuh cinta dan di cintai…” ujar Zack. Luke terkedu. Sekejap kemudian kepalanya di geleng.
“I don’t love her.” Luke yakin. Dia hanya suka. Bukannya cinta. Hatinya tak mungkin wujud seseorang.
“Luke, aku tahu kau cintakan dia.”
“No, I don’t!”
“Berhentilah, Luke…” ujar Zack.
Luke tahu apa yang Zack maksudkan. Dia tak tahu kenapa sejak semalam Zack asyik ulang benda yang sama. Berhenti! Berhenti! Berhenti!
Zack bukan tak faham. Ini hidup dia. Ini cara dia. Ini permulaan segalanya dan dia mahukan ini sebagai pengakhirannya.
“Kau nak aku berhenti. Sebab tu kau nak sangat aku jatuh cinta, kan?” soal Luke. Sinis. Dia seakan dapat baca niat Zack. Zack adalah satu-satunya kawan yang dia ada. Dan kini Zack sendiri mahu memusnahkan hidup dia. Bukan kini tapi sejak setahun yang lalu. Sejak Zack sudah cuci tangan. Tapi hari ni, ketara sekali permintaan Zack.
“Kau sendiri tahu, Luke. Dah banyak kali aku paksa kau jatuh cinta, ada kau jatuh cinta? Tak ada, Luke. Cinta tu tak boleh di paksa. Dan kali ni, aku tak paksa… tapi hati kau sendiri yang menarik kau untuk jatuh cinta,” ujar Zack perlahan. Tapi entah kenapa, Luke rasa sakit.
“Aku tak tahu…” akhirnya itu yang keluar dari bibirnya.
“Kalau kau cintakan dia, aku rasa baik kau bagitahu dia,” cadang Zack. Dia mahu Luke cepat-cepat jatuh cinta. Dia mahu hati Luke yang selama ini kering kontang akan lembap dengan cinta. Dia mahu Luke fikirkan orang yang tersayang sebelum dia buat kerja-kerja bodoh.
Luke tiba-tiba berdiri. Zack termangu sendiri.
“Kalau kau tak nak ikut, tak apalah…”
Luke ingin berlalu. Zack yang hanya memerhatikan langkahnya hanya menggelengkan kepala. Bukan dia tak kenal Luke. Dia tahu Luke ingin melarikan diri. Dari terima kenyataan itu.
“Okey, aku ikut…”

LUKE angkat tangan apabila mata terpandang Suraya. Suraya senyum. Kaki melangkah ke arah Luke.
“Where is she?” soal Luke tak sabar.
Zack hanya kalih sekejap. Luke mungkin tak sedar. Tapi dia sedar. Luke sudah lain. Luke sudah tahu bercakap dengan orang. Luke sudah tahu senyum.
Luke tatap lama ke meja itu. Meja itu masih kosong. Dhea masih tiada di situ. Jelas riak hampa di wajahnya.
“She’s here…”
Luke angkat kening. Bertanya maksud Suraya. Mata Suraya meleret ke kanan. Luke ikut pandang. Matanya mengecil. Tiba-tiba membesar. Luke seperti tak percaya. Dhea? Waitress?
Luke pandang Suraya. Suraya mengangguk.
“Sejak bila?” soalnya.
“Baru tadi. Tapi, Dhea cakap sekejap je. Mungkin, seminggu,” terang Suraya. Zack tak berminat nak ambil tahu. Minuman yang di pesan sampai. Air itu di sedut perlahan.
Kringgg…
Telefon Luke berbunyi. Poket seluar di seluk. Skrin di tatap lama. Tanpa sedar dia merengus. Usai butang jawab di tekan, kaki melangkah keluar dari café.
Zack hanya menggeleng kepala. Harga minuman di letak atas meja. Suraya terpinga-pinga.
Dhea yang perasan kekalutan sebentar tadi merapati Suraya yang masih tak bergerak. Bahu Suraya di tepuk lembut.
“Kenapa tu???” soal Dhea ingin tahu. Rasanya dia seakan pernah nampak wajah itu. Tapi, dia sendiri lupa di mana.
“Entah,” jawab Suraya ringkas. Suraya terus berlalu meninggalkan Dhea. Kali ini, Dhea pula yang terpinga-pinga.


“LUKE, hujung minggu ni balik?” soal suara di hujung sana.
“Tak, bos!” jawab Luke malas. Entah mimpi apa malam tadi, sampaikan telefon tanya benda tu.
“Luke, ayah telefon guna nombor rumah. Lagipun, sekarang bukan masa kerja.” Ayah Luke dah menyinga.
Luke mengeluh. Jam di tangan di kerling. 6 petang.
“Tak, ayah…” jawabnya. Kali ini sudah hilang nada. Sekala negatif satu agaknya. Panggilan itu jarang dia sebut. Sebab lelaki yang di panggil ayah itu tak akan menelefonnya untuk urusan keluarga.
“Ibu ada tanya pasal kamu. Ayah nak kamu balik hujung minggu ni. Kesian dia, dah lama kamu tak balik.” Suara di hujung sana mulai lembut. Luke mengaku, lelaki itu seperti punya dua personaliti. Satu, bos yang tegas. Kedua, ayah yang penyayang. Tapi yang kedua itu langsung tak pernah di tujukan kepadanya. Dan dia tahu kenapa.
“Ayah, Luke ada kerja,” ujarnya beralasan. Balik ke rumah adalah perkara yang sangat di elakkan. Sudah setahun dia tidak menjejak kaki ke rumah agam itu.
“Lupakan kerja tu sekejap. Demi ibu kamu…”
“Tapi,”
“Ayah tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Bawa Zack sekali.”
Luke sengih. Sudah terasa aura ketua muncul kembali.
“Kalau dia tak nak?” soal Luke. Itu bukannya soalan tapi itulah jawapan untuk soalan ayah.
“Luke bagitahu Zack, ayah nak dia datang.”
“Untuk apa? Nak pujuk dia balik. Forget it, boss. Zack bukannya orang yang sanggup jilat ludah sendiri,” jawab Luke panjang. Setiap kali ayah panggil Zack, setiap kali itu jugak ayah paksa Zack kotorkan tangan dia balik. Tapi Zack yang dia kenal bukanlah orang yang macam tu. Sekali dia kata tak nak, sampai ke hujung nyawa pun jawapannya tetap sama.
Ayah mengeluh. Luke hanya tunggu. Dari ekor mata, Luke nampak Zack yang mula menghampiri. Tangan kanannya di angkat. Zack yang memahami maksud Luke hanya mengangguk. Zack melabuhkan duduknya di bangku yang jauh daripada Luke.
“Ayah terima keputusan dia. Tapi, ayah nak Luke balik hujung minggu ni dengan dia. Jangan bagi ibu fikir bukan-bukan. Luke yang dia kenal takkan balik tanpa Zack.”
Senyuman sinis Luke terukir. Patutlah…

Selasa, 3 Disember 2013

Now Or Never 5

5
LUKE baring atas sofa panjang. TV seperti biasa. Terpasang tapi langsung tak menarik perhatian. Luke pejam mata. Kepala di geleng-geleng. Menyesal!
Apa ke bodoh sangat kau ni, Luke? Dah ada peluang tu ambil ajelah.
Suara hati dah marah gila-gila. Dia tak tahu kenapa tapi saat dia yakin Dhea gerangan yang berada di depan matanya, dia terpaku. Wajah Dhea betul-betul di depannya. Dia tak mahu terlepas peluang itu. Sebab itu dia langsung tak berkalih. Suara Dhea yang pertama kali di dengar begitu membuai perasaannya.
Dia jadi kaku tak bergerak. Dia ingin mendengar… dan mendengar lagi. Tapi bila Dhea bersuara, dia jadi tak tentu arah. Dia nak pergi jauh dari situ.
“Haih…” Luke mengeluh. Masih dia ingat wajah terpinga-pinga Dhea saat dia tiba-tiba bangun.
Luke dah tekan kepala. Kuat! You’ve lost the first chance la, Luke.
“Kau kenapa?”
Luke bukak mata. Zack dengan muka bingung tengok dia. Luke bangun dari baring. Dia duduk memandang Zack. Nak cakap ke tak nak.
“Dhea tak datang lagi?” soal Zack. Seakan tahu ianya ada kaitan dengan Dhea.
Dia tahu Luke suka Dhea. Cuma dia tak kenal siapa Dhea. Apa yang dia tahu Dhea pelanggan tetap di Fiction Café dan sebab itu Luke dah jadi pelanggan tetap di situ.
Luke geleng kepala.
“Dia datang…” jawab Luke. Lemah.
“So?”
Luke diam. Tak tahu nak cakap macam mana.
“Kantoi?”
Luke diam lagi. Rasanya, setakat ni dia masih selamat. Dia belum kantoi.
“Habis tu?” Zack dah hilang sabar.
Luke menyandar kepala ke sofa. Dia mendongak. Mata tenung siling. Lama. Argh, wajah Dhea lagi…
“Dia datang café. Aku jumpa dia. Tapi…”
Zack tunggu.
“Aku blah je…”
What? Kau tak cakap dengan dia?”
Luke geleng. Walaupun sebenarnya dia ada cakap.
I paid…

TAMAT!
Dhea mengukir senyum nipis. Akhirnya siap jugak manuskrip novelnya yang kedua. Rasa lega tak dapat di ucap dengan kata-kata.
Tiba-tiba teringat iklan KFC.
Jadi… apa rasanya?
Lebih kurang macam tulah rasanya. Tapi… tak jugak!
Adeh! Dhea senyum… dan senyum.
Hmm, rasa macam nak berhenti menulis untuk seminggu. Dia mahu berehat. Tapi kepalanya tak berhenti mencari idea baru. Nak tulis cerita lain, jadi mestilah kena cari mood yang lain.
Seperti biasa, esok dia nak pergi café. Kali ini dia tak nak menulis. Tengok ke luar tingkap pun dia tak nak. Dia rasa macam nak jadi waitress kejap. Dia nak ambil pengalaman jadi pelayan. Hmm, rasa nak jadikan heroin kali ni sebagai pelayanlah. Bagus jugak idea tu.
Laptop yang dah terpadam sebentar tadi menyala kembali. Dia takut terlupa. Buat graf kasar je lah dulu. Takpun, buat sinopsis. Nampak bayang-bayang cerita tu pun dah okey.
Ibu jari dan jari telunjuk dah bertindak mencubit hujung bibir. Idea… idea… idea

WALTHER P99QA di lap dengan kain kering. Berhati-hati sekali.
Luke masukkan peluru ke dalam Walther. Dia sayang pistol ni. Pistol ni quick action. Sebab itu dalam PDRM, Walther P99QA ini hanya di bekalkan kepada unit khas.
Tapi dia berbeza. Sangat berbeza.
Sig Sauer dan HK P9S yang sebesar tapak tangan tu juga sedang menunggu giliran untuk di belai. Yang lain, sudah selamat di simpan.
Setiap kali dia berada dengan barang kesayangannya yang ini, dia rasa selamat. Dia rasa puas. Dia rasa bebas.
Pintu terkuak dari luar. Zack masuk.
Luke tahu, kejap lagi mulut itu akan aktif seperti biasa. Luke hanya pandang sekilas. Walther di letak ke tepi. Sig Sauer di capai. Rekaan SIG yang ini lebih ringan dan lebih kecil. Sebab itu dia pilih rekaan yang ini dari yang lain. Senang!
“Kau tak rasa ke semua ni dah melampau?” soal Zack. Seperti hari-hari yang sebelumnya... Seperti tahun-tahun yang sebelumnya…
“Same question, Zack. You should know the answer,” jawab Luke malas.
Zack mencapai Walther yang sudah berpeluru.
“Benda ni dah terkeluar dari tugas asal kau, Luke,” nasihat Zack. Luke dengar tak dengar.
“Ke kau nak tengok ada nyawa yang melayang?” soal Zack. Tegas. Luke pusing kepala. Mata tenung Zack. Lama.
“Kau patutnya dah tahu. Dah banyak nyawa melayang, Zack.”
Luke mendekati Zack. Walther di rampas. Almari di buka. Tersembul pelbagai jenis pistol di dalamnya. Walther di letak di tempatnya. Pintu almari di tutup.
“Aku maksudkan nyawa kau…”
Perlahan suara Zack menyusup ke telinga Luke.
Nyawa dia? Ya, hanya nyawa dia yang masih belum melayang. Apakah dia akan berhenti kalau nyawa dia yang melayang?
Huh, stupid question… Luke. Dah namanya nyawa melayang, sah-sah dia akan berhenti.
Luke capai HKP9S. Pistol itu di lempar ke arah Zack. Spontan, tangan itu menangkap.
“Kau rasa aku patut guna yang ni ke?” soal Luke.
Zack pegang. Erat. Kalau boleh dia nak sembunyikan semua senjata api yang memenuhi almari Luke. Tapi dia tahu semua tu mustahil. Bilangan yang melebihi pakaiannya. Pasti dia akan perasan.
Nak kosongkan peluru?
Tak boleh! Nanti ada jugak nyawa Luke yang melayang.
Kesimpulannya, dia sudah buntu. Bagaimana nak suruh Luke hentikan semua ini?
“Kali ni siapa?” soalnya perlahan.
Berdasarkan ketangkasan Luke menggunakan pistol, dia tak jamin orang yang di tembak itu akan selamat.
“Takde siapa lah. Aku nak pergi Fiction Café,” jawab Luke. Sengih.
Zack hanya senyum segaris. Pintu di kuak.
“The time has come, Luke.” Mata Luke tepat ke wajah Zack. Zack mengeluh.

“To stop…” sambung Zack perlahan. Luke termangu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...